Saturday, August 1, 2009

Bersedekah

Bersedekahlah. Biar berkurangan di bank dunia tetapi penuh sahamnya di akhirat. InsyaAllah!

Seringkali terdengar di radio ungkapan2 sebegini. Setiap kali mendengar maka terdetik hati ingin bersedekah. Kesibukkan sehari-hari menjadikan diri itu alpa. Lupa pada nikmat yang bakal dikecapi di syurga.

Siapa yang tidak mahu masuk ke syurga? Tentu sahaja semua mengimpikan keindahan syurga,ganjaran dari Allah jika kita lulus ujian di dunia ini.

Tatkala ingin bersedekah, syaitan pula membisik, nafsu menghalang, kata mereka "Tak perlulah sedekah, orang itu cuma berpura-pura meminta sedekah","berilah 20 sen sahaja, sudah memadai".

Tapi diri itu sentiasa mahu berjuang kerana sering diperingatkan di kuliah, di radio, di tausiyah, ta'alim rakan2 dari internet. Alhamdullilah. Syukran atas usaha semua yang saling ingat memperingati.

(Lihat artikel lain dalam blog ini berkenaan kelebihan bersedekah, dalam English)

No comments: