Tuesday, December 2, 2008

QORBAN DI KAMPUCHEA/KEMBOJA

Rakan2 seperjuangan di HPA dan eTiQa Takaful, sudah tiba masanya untuk kita buat korban. Dengan wang ringgit yang kita perolehi secara halal, marilah kita belanjakan ke jalan Allah dengan membuat Qurban ke tempat yang amat memerlukan sokongan kita.

Daripada keuntungan korban ini pihak Darul Fuqaha akan dapat membiayai 36 orang ustaz dan pendakwah selama setahun. RM300 untuk 1 bahagian itu termasuk RM70 elaun sumbangan kepada guru al-Quran.. Anda juga boleh waqafkan telaga yang akan digunakan oleh ramai orang Islam setiap hari, kerana di situ TIADA paip air. Untuk mandi, wuduk, mencuci dan sebagainya. Hanya RM400 sahaja.

Seperti mana yang kita selalu beritahu pada client kita, meninggalnya anak Adam itu, hanya 3 perkara sahaja yang dibawanya.... salah satunya adalah sedekah jariahnya. Itulah,
jika anda sanggup dan mahu kredit anda meningkat untuk tiket masuk ke syurga, marilah bersama sama menyumbang.

"Tiada satu amalan anak Adam yang dilakukan pada hari penyembelihan (hari raya Aidil Adha) yang lebih dicintai oleh Allah berbanding menumpahkan darah. Sesungguhnya ia akan datang pada hari Qiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Dan sesungguhnya darah itu pasti tumpah daripada (rehda) Allah di sesuatu tempat sebelum ia tumpah ke atas bumi, maka perelokkanlah diri dengannya" - Hadith Tirmizi

Kita boleh kumpulkan bersama2. layari web http://www.darulfuqaha.com/

Assalammu'alaikum.

Kaiyisah
Mobile : 012-335 6005

No comments: