Perkara yang patut mudah diselesaikan akan menjadi sukar jika kita berbohong. Satu pembohongan akan membawa kepada penambahan lagi satu pembohongan untuk menutup pembohongan yang pertama itu.
Akhirnya kita sendiri yang akan tertekan kerana terpaksa cuba mengingati perkara yang dipalsukan dan terpaksa hidup dalam pembohongan. Kita akan sentiasa berasa takut dan gelisah kerana bimbang akan kebongkaran rahsia kita.
Suatu hari, apabila terbongkarnya rahsia kita itu, bayangkanlah betapa malunya kita pada masa itu. Bolehkah kita mengangkat kepala kita lagi?
Oleh itu, selalu bercakap benar.